Wednesday, August 21, 2019

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia

Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Tamadun Islam Dan Tamadun Asia Pengenalan Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha ÅšÄ kyamuni (SiddhÄ rtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam proses perkembangan agama Buddha, agama ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravada, Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana). Latar Belakang dan Kehidupan Buddha Menurut tradisi Buddha, tokoh historis Buddha Siddharta Gautama dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha (546-324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Ia juga dikenal dengan nama Sakyamuni. Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, raja Kapilavastu (kemudian hari digabungkan pada kerajaan Magadha), Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan membuat kesimpulan bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak ada ertinya lalu menjadi seorang pertapa. Kemudian Baginda berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, dan lalu mencari jalan tengah (majhima patipada ). Jalan tengah ini merupakan sebuah kompromis antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan bertapa yang terlalu menyeksa diri. Di bawah sebuah pohon bodhi, Baginda berkaul tidak akan pernah meninggalkan posisinya sehingga menemui Kebenaran. Pada usia 35 tahun, Baginda mencapai Pencerahan. Pada saat itu Baginda dikenal sebagai Gautama Buddha, atau Buddha(secara harafiah: orang yang telah mencapai Penerangan Sempurna). Untuk 45 tahun selanjutnya, Gautama Buddha telah menyebarkan ajarannya tanpa berhenti di merata-rata tempat. Sejarah Buddhisme di Malaysia Sejarah Buddhisme di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 peringkat: 1. PERINGKAT AWAL: Pada awal kurun Masihi, seperti yang disebutkan oleh Dr. Coedes dalam bukunya, Indianized States of South East Asia, Warisan kebudayaan Orang India di Asia Tenggara dapat dibuktikan daripada corak kebudayaan yang terdapat di Semenanjung dan Tanah Besar Asia Tenggara; Bahasa Sanskrit telah menjadi ansur bahasa tempatan; dan unsur-unsur tradisi orang India masih terdapat di negara-negara yang bertukar kepada Islam. Tetapi Prof. D.G.E. Hall, dalam bukunya A History of South East Asia, percaya bahawa kebanyakan tradisi India telah mengubahsuai apabila bertentangan dengan tradisi tempatan, misalnya sistem kasta tidak pernah dipraktikkan di sini. Akan tetapi fakta ini tidak boleh dihapuskan iaitu aktiviti perdagangan dan perniagaan telah menarik ramai pedagang India datang berdagang di Asia Tenggara. Pedagang-pedagang ini membawa bersama kebudayaan, ugama serta kesenian mereka ke rantau ini. Banyak barangan yang digali dari tanah oleh ahli arkeologi membuktikan bahawa bahagian utara Tanah Melayu, iaitu Negeri Kedah, pernah dipengaruhi oleh kebudayaan awal Buddhisme. Pada pertengahan kurun ke 3 sebelum masihi, selepas Kausil Buddhis Ketiga, Maharaja Asoka telah menghantar dua orang Bhiksu, iaitu Ven. Sona dan Ven. Uttara datang ke rantau ini untuk menyebarkan agama Buddha. Pada kurun yang ke 5, Buddhisme telah berkembang dengan baik di Semenanjung Melayu. Exkavasi arkeologi bukan hanya terhad di Kedah sahaja, tetapi didapati di Kuala Selinsing, Tanjung Rambutan, Lembah Kinta, Bidor dan Sungai Siput di Perak, di Perlis dan juga di Pahang. Langkasuka merupakan sebuah negara Buddhis yang pertama, ia ditubuhkan pada kurun masihi ke 2 dan berpusat di Banjaran Gunung Jelai, kemudian ia mengembangkan kuasanya ke bahagian Selatan Negeri Thai. Pada kurun ke 7, Buddhisme Mahayana telah menjadi sistem Buddhisme yang lebih diterima oleh rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Pada masa itu, Tanah Melayu berada di bawah kuasa Srivijaya, sebuah empayar Buddhis yang berpusat di Pulau Jawa. Agama Hindu telah mengalami kebangkitan semula di India pada kurun ke 10, maka Agama Buddha kehilangan sokongan yang diberi oleh istana serta golongan bangsawan. Kejatuhan pengaruhnya di India telah mempengaruhi kekuasaannya di Asia Tenggara. Pada akhir abad ke 12, empayar Srivijaya mengalami kejatuhan, begitu juga halnya dengan pengaruh Buddhisme. Pada awal kurun ke 10, Parameswara mendirikan Empayar Melaka. Apabila Parameswara dan Raja-Raja lain menganuti Agama Islam, agama tersebut telah menjadi agama utama di rantau ini. Sehingga abad ke 15, Islam telah berjaya mengambil alih kedudukan Buddhisme sebagai agama yang utama diterima oleh istana dan rakyat biasa, lantas Buddhisme di Tanah Melayu pada masa itu mengalami kemerosotan. Walaupun begitu, masih terdapat banyak peninggalan kebudayaan Buddhisme di Kedah, Perlis dan Kelantan akibat pengaruh Negeri Thai. Unsur-unsur Buddhisme masih terbukti dalam drama Menora dan wayang kulit. 2. PERINGKAT KOMTEMPORARI: Penghijrahan beramai-ramai orang China ke Tanah Melayu pada abad ke 17 merupakan arus ombak yang kedua. Pada masa itu, Buddhisme hanya merupakah upacara amalan yang penuh dengan kepercayaan dan kebudayaan Cina. Hanya pada tahun 1950, barulah terdapat penganut Buddha yang cuba meningkatkan status dan kedudukan Buddhisme. Dengan tertubuhnya banyak organisasi buddhis, termasuk YBAM (Young Buddhist Association of Malaysia) dan MBA (Malaysian Buddhist Association), maka wujudlah satu suasana yang baru yang menyatupadukan para Buddhis. Satu perkembangan lain yang penting ialah terdapatnya pengaliran masuk bentuk-bentuk Buddhisme yang dipengaruhi oleh kebudayaan-kebudayaan Thai, Sri Langka, Burma, Jepun dan Tibet. Ini telah membentuk Buddhisme di Malaysia yang pelbagai rupa bentuk. Cara-cara Perkembangan Buddhisme Di Malaysia 1. Membentuk Buddhisme Malaysia Buddhisme ialah agama yang tiada batasan negara dan kaum. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi masalah taraf pemikiran dan budaya manusia setempat, Buddhisme muncul dalam rupa bentuk yang telah diubahsuaikan tetapi dasar Ajaran Buddha yang sama . Sifat fleksibilitinya telah menyebabkan Buddhisme yang disebarkan di pelbagai tempat muncul dengan rupa bentuk yang berlainan akibat persekitaran, kaum serta latar belakang kebudayaannya yang berlainan, di samping itu pula mereka dapat mengekalkan ajaran Buddha. Buddhisme yang mempunyai banyak ciri tempatan merupakan sifat Buddhisme yang unik dalam sejarah penyebarannya. Malaysia ialah negara yang merdeka, maka Buddhisme yang disebarkan di tempat ini mestilah mempunyai identiti yang bercorak Malaysia. Malaysia ialah negara bersifat majmuk, begitu juga halnya dengan Buddhisme yang disebarkan di negara ini. Sebahagian besar penganut Buddha di negara ini berketurunan Cina, maka aliran utama Buddhisme banyak dopengaruhi oleh Buddhisme dari sistem Bahasa Cina. Sementara itu Negeri Thai dan Sri Lanka, akibat kedudukan geografinya yang dekat dengan Malaysia, telah mempengaruhi Buddhisme Malaysia dengan Buddhisme sistem Bahasa Pali. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat pula pengaliran masuk Buddhisme sistem Bahasa Tibet dan hasil-hasil kajian akademik Buddhisme yang dilakukan oleh Jepun. Penyerapan bahagian-bahagian penting dari Buddhisme berbagai sistem bahasa dan membuangkan mana-mana ciri yang tidak sesuai dengan suasana di Malaysia, akan menjadikan Buddhisme Malaysia berbentuk majmuk. 2. Melatih pendakwah Buddhis tempatan Perkataan tempatan bermaksud negara kita, negeri ini atau persatuan Buddhis masing-masing. Kita amat memerlukan pendakwah Buddhis tempatan untuk menjalankan tanggungjawab penyebaran agama Buddha. Pada masa ini, Buddhisme di Malaysia berada di peringkat perkembaangan yang awal, kadar pertumbuhan dalam pengeluaran pendakwah terlatih adalah rendah jika dibanding dengan perkembangan luaran Buddhisme, ini akan menimbulkan banyak masalah kepada Buddhisme. Pengundangan pensyarah luar negeri ke Malaysia adalah perlu untuk meninggikan taraf kajian akademik dan pengaliran kebudayaan duahala, walau bagaimanapun, usaha melatih pensyarah tempatan adalah lebih diperlukan. Selain daripada itu, kita harus memikirkan keupayaan kita dari segi kewangan. Hanya kita yang paling memahami keadaan majmuk negara ini, dan Buddhisme yang kita perlukan ialah Buddhisme yang paling difahami oleh kita sendiri, lagipun kita harus berdikari dalam mengembangkan Buddhisme.Pada ketika ini, pandangan negatif bahawa segala- galanya yang berasal dari luar negeri adalah lebih baik berbanding dengan yang di sini. Pandangan ini mesti dikikis. Kita mesti memberi lebih banyak peluang dan galakan kepada para pensyarah tempatan. 3. Meningkatkan taraf kajian akademik Kita tidak boleh berhenti lama di suatu taraf kajian akademik. Jika ditinjau dari pelbagai sudut, kita harus mengakui bahawa taraf kajian akademik Buddhisme kita adalah rendah, dan kita bertanggungjawab untuk meninggikannya. Peningkatan taraf kajian akademik merupakan cara penting untuk meninggikan kedudukan Buddhisme, ia juga cara asas untuk menegak dan menguatkan kedudukan Buddhisme di sesuatu rantau da dunia ini. Kita harus menubuhkan pusat penyelidikan dan kajian Buddhisme serta melatih penyelidik- penyelidik sepenuh masa. Pada masa yang sama, individu- individu yang mempunyai keinginan untuk membuat penyelidikan dan kajian Buddhisme, haruslah sentiasa menjalani pendidikan kendiri untuk meningkatkan tarafnya sendiri. 4. Meninggikan kualiti kultivasi (cultivation) Sifat keseluruhan Buddhisme dapat ditunjukkan dalam konsep penyatuan teori dan amali. Teori dan amali adalah saling bergantungan dan saling menggenap antara satu sama lain. Hasil daripada penyelidikan, kita memperolehi pengetahuan secara teori, ia dapat memandu kultivasi. Dari segi amali pula, kita dapat mengetahui kebenaran sesuatu teori. Maka, teori dan amali mestilah digabungjalinkan. Peningkatan dalam kualiti kultivasi sudah semestinya penting. Kita harus menganjurkan lebih banyak kursus kultivasi umpamanya kem yang melakukan meditasi dan sebagainya. Persatuan-persatuan Buddhis di pelbagai tempat juga harus mementingkan amalan memberi penghormatan kepada Buddha sebagai satu cara kultivasi umpamanya perbuatan menyujud imej Buddha. Puja dan amalan mengaku kesilapan serta keinginan untuk memperbaiki kesilapan berkenaan harus selalu diadakan. Pusat Kultivasi harus ditubuhkan dengan mengundang seorang guru yang berpengalaman untuk menjalankan kursus-kursus kultivasi bagi jangka masa panjang dan pendek. 5. Mengadakan aktiviti terancang Pada masa sekarang, banyak aktiviti telah dijalankan oleh persatuan-persatuan Buddhis, tetapi, kita harap agar aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan itu, sama ada di peringkat kebangsaan, daerah, ataupun persatuan-persatuan masing-masing, akan mempunyai perancangan yang rapi. Hanya aktiviti-aktiviti yang terancang dengan rapi akan mencapai matlamat atau hasil yang dikehendaki. Pihak penganjur harus menyerap pengalaman orang lain serta menimbang keupayaan dan kehendak sendiri, seterusnya membuat perancangan rapi. Jika perlu, kita boleh mengadakan khemah kerja sebelum sesuatu aktiviti atau projek diadakan bagi melatih ahli-ahli jawatankuasa kerja, ini dapat membantu sesuatu aktiviti itu dijalankan secara terancang dan berjaya. 6. Kursus Latihan Yang Sistematik Kursus latihan Buddhisme di Malaysia telah mengalami kepelbagaian seperti pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi ke guru, pelajar-pelajar sekolah menengah, dari penganut biasa ke pendakwah Buddhis, dari tahap rendah ke tahap tinggi, dari penyelidikan ke kultivasi, dari peringkat awal ke peringkat yang lebih mentap, semuanya kita perlu menyediakan kursus latihan tertentu untuk tujuan tersebut. Walaupun kita mempunyai pengalaman dan kepelbagaian aktiviti, tetapi dapat diperhatikan bahawa kursus-kursus yang kita adakan tidak diselaraskan secara sistematik. Ini perlu diperbaiki;terutamanya untuk meningkatkan taraf kajian akademik dan kualiti kultivasi. Kita perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyelaraskan kursus-kursus secara sistematik supaya ia dapat menunjukkkan ciri-ciri kesinambungan. Kursus-kursus itu juga perlu diubahsuai mengikut keperluan dan perubahan masyarakat. Untuk membentuk suatu era Buddhisme Malaysia yang baru, masa yang diperlukan agak panjang tetapi arah perkembangan mestilah jelas. Walaupun usaha kita belum menampakkan kejayaan yang jelas, tetapi sekurang-kurangnya kita telah mula melakukan sesuatu, sebagai usaha membuka jalan untuk generasi-generasi akan datang, supaya mereka dapat terus menyalakan cahaya kebenaran. Ciri-ciri universal buddha Alam semesta ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri . Ciri-ciri itu tetap wujud sama ada sedar atau tidak dan percaya atau tidak . Sebagai contoh , haba sentiasa dikaitkan dengan api . Ia merupakan satu ciri api . Sama ada percaya kenyataan di atas benar atau tidak , ciri itu tetap ada pada api . Kebenaran ini tidak dapat dinafikan . Manusia ialah salah satu daripada makhluk yang hidup dalam alam semesta ini . Kewujudan manusia juga tertakluk kepada ciri-ciri tertentu . Kehidupan manusia berkait rapat dengan ciri-ciri itu . Ciri-ciri itu ialah Anicca, Dukkha dan Anatta. Ini adalah tiga ciri universal mengenai kewujudan. Sungguhpun Buddha mengemukakan fakta ini, ia tidak bermakna Buddha yang menciptanya. Dengan PencerahanNya, Buddha telah dapat melihat dan menyedari hakikat ini. ANICCA Setiap benda tidak berkekalan — ia sentiasa tertakluk kepada pereputan dan perubahan . Begitu juga badan fizikal kita yang sentiasa berubah-ubah . Sekiranya kita mempunyai gambar foto yang diambil pada masa yang berlainan , maka dengan jelasnya ia menunjukkan bahawa kita sentiasa mengalami perubahan. Selain daripada itu , fikiran kita juga sentiasa berubah . Kalau tidak percaya , cuba kita duduk, tenangkan fikiran tanpa berfikir. Seribu satu macam fikiran akan timbul. Dalam sains , kita telah mempelajari bahawa benda-benda yang nampaknya tidak berubah seperti lautan, benua, matahari atau cakerawala, kesemuanya sentiasa berubah . Keadaan tidak kekal ini ialah ciri universal yang disebut Anicca dalam Pali. Bolehkah kita menyangsikan kebenaran ini dalam hidup ? Pemahaman ciri ketidakkekalan ini adalah amat penting. la menjalin perhubungan baik kita dengan orang lain. Umpamaannya apabila seseorang itu memarahi kita, kita harus sedar pada saat itu bahawa dia tidak senang hati. Tetapi keadaan ini tidak kekal. Jadi kita patut bertoleransi dengannya. Dengan pemahaman ciri ini juga, ia menunjukkan bahawa zaman muda-mudi, kesihatan badan, kemewahan kebendaan bahkan hidup itu adalah tidak kekal. Oleh itu, selagi kita masih muda dan cergas, kita patut menggunakan keadaan yang baik itu dengan sebaik-baiknya. Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kebahagiaan dan seterusnya Pencerahan. DUKKHA Dalam erti kata biasa, Dukkha diertikan sebagai kesengsaraan. Ia berlawanan dengan Sukkha yang bermaksud kebahagiaan. Walau bagaimanapun, perkataan ini membawa makna yang lebih dalam. la meliputi segala perasaan tidak puas. Sebenarnya, tidak susah untuk melihat kewujudan Dukkha di dunia ini. Apabila berjalan di dalam bandar, kita dapat melihat pengemis, yang tua atau muda, ada yang cacat anggota. Bukankah ini Dukkha? Yang paling jelas ialah keadaan di hospital. Di situ kita dapat membuktikan pada diri kita bahawa kesengsaraan merupakan satu perkara yang umum. Kita telah melihat bahawa segala yang terdapat di dunia ini tidak kekal. Ketidakkekalan juga merupakan satu punca Dukkha. Mengapa begitu? Biarlah kita menunjukkannya dengan satu contoh. Kekayaan, misalannya, merupakan satu perkara yang baik, begitu juga dengan pencapaian kebendaan, zaman muda-mudi, kesihatan badan, perhubungan baik dengan orang lain dan sebagainya, tetapi janganlah kita berpaut kepada kesemuanya itu. Sekiranya kita terlalu berpaut kepada apa yang kita anggap sebagai baik, menyeronokkan dan cantik, kita akan sengsara sebab kesemuanya tertakluk kepada perubahan. la tidak akan kekal selama-lamanya. Dukkha adalah satu ciri universal. Dengan memahaminya, seseorang dapat menghadapi kesengsaraan sebagai satu hakikat dalam hidup dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kesengsaraan dengan mengikuti ajaran Buddha. ANATTA Selalunya orang beranggap bahawa terdapat satu aku di dalam kita. Aku itu adalah seperti satu roh yang kekal, benar dan unggul. Cuba fikirlah, sekiranya terdapat satu benda yang dipanggil aku yang kekal dan dapat kita kekalkan, maka kita seharusnya dapat kenal pastikannya. Tetapi adakah ini benar? Buddha telah mengatakan bahawa tiada satu benda yang kekal. Semua benda tertakluk kepada perubahan. Ini termasuklah kita sendiri. Jadi tidak ada satu roh yang kekal yang kita boleh anggapkan sebagai aku. Ini adalah ertinya Anatta. Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai entiti aku dalam ayat Aku pergisekolah. ialah satu nama atau panggilan untuk satu kumpulan benda fizikal dan mental yang wujud dalam satu tubuh badan. Mungkin kita boleh menggunakan Proton Saga sebagai contoh. Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai Proton Saga ialah satu himpunan benda seperti skru, tayar, enjin, kusyen, kaca dan sebagainya. Sekiranya dipisah-pisahkan, kita tidak dapat mencari suatu benda yang terpisah itu yang boleh dianggap sebagai Proton Saga. Hal yang sama adalah terjadi pada kita sebagai manusia. Anggapan bahawa terdapatnya satu aku dalam diri kita sebenarnya merupakan satu tanggapan yang palsu. Ini akan menyebabkan seseorang cuba untuk mempertahankan dengan habis-habisan sesuatu yang dianggap sebagai kepunyaannya seperti pendapatnya, hak miliknya dan lain-lain. Sebaliknya, kalau seseorang itu memahami dan sedar bahawa aku sebenarnya hanya merupakan satu nama panggilan untuk himpunan unsur-unsur fizikal dan mental yang sentiasa berubah, maka ia tidak akan berpaut kepada kesemuanya. Apa yang patut kita lakukan ialah berusaha supaya berkembang untuk menyempurnakan diri. Jadi, kita harus cuba bermurah hati dan berbelas kasihan terhadap semua makhluk dan tidak bersifat sombong. Ciri-ciri yang lain Kebebasan menyiasat Kebebasan menyoal dan menyelidik merupakan hak asasi setiap orang. Seseorang itu dibenarkan menyoal, menyelidik dan seterusnya membuat pilihan sendiri. Inilah ciri yang seharusnya ada dalam mempelajari agama Buddha. Jadi kita dapati Buddhisme tidak menyekat hak-hak kebebasan kita, umpamaannya kebebasan berfikir dan memilih. Malahan pula ia menggalakkan kita bertindak secara waras dan rasional, tidak dikongkong oleh tradisi serta kepercayaan karut atau wahyu. Akan tetapi kita mesti bertanggungjawab ke atas segala keputusan yang dibuat. Berdikari Sekiranya kita berasa lapar, kita mesti berusaha sendiri untuk mencari makanan dan memakannya. Orang lain tidak dapat makan untuk kita. Mereka hanya dapat menunjukkan di mana makanan itu dan bagaimana untuk mendapatkannya. Mungkin anda akan bertanya: Bagaimana jika saya duduk di atas kerusi sahaja dan menyuruh orang lain membawakan makanan kepada saya dan menyuapkannya ke dalam mulut saya. Bukankah saya tidak perlu berusaha? Ya, nampaknya apa yang anda katakan itu betul. Tetapi, cuba fikir dengan mendalam lagi. Adakah nasib anda begitu baik dan terdapat orang yang sentiasa bersedia untuk melayani anda seumur hidup? Biarpun terdapatnya orang yang sudi melayani anda tetapi kalau anda tidak berikhtiar untuk membuka mulut anda, mengunyah lalu menelan makanan yang disuapkan itu, anda tidak dapat menghilangkan kelaparan itu. Begitu juga jika kita hendak memperbaiki atau memajukan keadaan diri, kita mesti berusaha sendiri. Buddha memberitahu bahawa kitalah yang bertanggungjawab ke atas diri kita. Jadi kita patut berusaha dan berdikari. Berdikari Perbuatan dosa sendiri sengsara dirasai cegah dosa usaha diri Nibbana jelma suci Tiada pelindung luaran Tiada siapa yang mungkin Hayati ajaran kami Buddha penunjuk murni. Toleransi Selain daripada menghormati hak manusia untuk menyiasat dan memilih, Buddhisme juga menggalakkan sikap toleransi terhadap orang lain tanpa mengira warna kulit, agama atau kepercayaan. Manusia harus mengasihi antara satu sama lain. Kita mesti mempunyai sifat belas kasihan terhadap makhluk yang lain. Buddhisme mengajar kita supaya hidup dengan harmoni dalam masyarakat. Sekiranya manusia ingin hidup dengan bahagia dalam dunia ini maka ia harus menghormati orang lain serta mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Ajaran-ajaran seperti ini amatlah penting dan sesuai untuk masyarakat yang berbilang kaum, berlainan agama dan bahasa. ‘Ehi-Passiko Ertinya Datang dan melihat, janganlah datang dan mempercayai. Ini merupakan salah satu ciri istimewa dalam ajaran Buddha. Mungkin kita boleh menggunakan satu contoh untuk menunjukkan hal ini. Katakan memberitahu bahawa terdapat sebiji permata di dalam genggaman. Soalan yang akan anda tanya ialah:sama ada anda boleh mempercayai saya atau tidak. Oleh sebab anda belum melihat permata itu dengan mata anda sendiri, kepercayaan anda akan bergantung kepada sejauh mana saya dapat meyakinkan anda. Tetapi sekiranya saya melepaskan tangan saya, soal percaya atau tidak tidak timbul lagi, sebab anda telah dapat melihat permata itu wujud atau tidak. Begitu juga dalam Buddhisme, anda dijemput datang untuk mencari kebenaran Buddhisme dan bukanlah datang dan mempercayainya. Buddhisme dengan hidup Ajaran Buddha berhubung rapat dengan kehidupan kita. Dalam dunia yang serba moden ini pun, ia tetap praktikal. Pada peringkat yang paling asas, Buddhisme mengajar kita cara untuk menghadapi keadaan yang baik ataupun sebaliknya. Dengan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha, kita dapat menjalin hubungan yang baik dengan orang lain. Pada peringkat yang tinggi, Buddhisme mengajar kita bagaimana melatih pemikiran kita untuk menghadapi cabaran hidup serta memahami makna hidup yang benar. Buddhisme menunjukkan cara untuk menamatkan kesengsaraan. Sekiranya kita mengikuti jalan yang telah ditunjukkan maka kita akan memperoleh kesejahteraan ini. Sungguhpun Buddhisme merupakan satu agama yang wujud sejak lebih daripada 2,500 tahun yang lalu, tetapi dalam zaman moden ia tetap sesuai dan diperlukan dalam kehidupan kita. Dengan mengamalkan ajaran Buddha, kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan keluarga serta masyarakat. Dengan ini kebahagiaan dan keharmonian akan muncul. Selain daripada itu, ia memberi peluang untuk kebahagiaan kerana ia menunjukkan cara untuk menghapuskan kesengsaraan. Riwayat hidup Buddha merupakan satu pendorong untuk seseorang membentuk sikap berdikari, menegakkan tanggungjawab moral, toleransi, belas kasihan dan kebijaksanaan. Pendek kata, Buddhisme dapat memperkayakan hidup seseorang serta menjadikannya lebih bermakna dalam dunia nyata ini. Perbezaan antara agama Hindu dan Buddha Agama Hindu dan agama Buddha adalah dua agama yang berbeza. Perbezaan utama adalah bahawa Buddhisme merupakan agama atheistic, bererti mereka tidak percaya pada Tuhan, manakala Hindu mempunyai tuhan yang berbeza. Oleh sebab itu, mereka memiliki sedikit berbeza upacara yang mereka lakukan. Hindu biasanya menyediakan makanan kepada Tuhan pada setiap pagi. Selain itu, agama Hindu tidak memiliki pendiri, sesuai dengan isi agama diwahyukan kepada ulama, tetapi dalam waktu kuno, mereka juga mengatakan bahawa agama selalu ada dan akan mengamalkan. Buddhisme memiliki pendiri agama, iaitu Siddharta Gautama. Hinduisme datang ke sekitar 4000 tahun yang lalu. Manakala Buddhisme datang semasa sekitar 2500 tahun yang lalu. Perilaku mereka ketika mereka datang ke kuil Hindu dan untuk jatuh atau dagoba Buddha juga menpunyai berbeza. Bagi agama Hindu, yang ada di setiap candi dewa mereka untuk dikorbankan. Agama Buddha memiliki atau abu jenazah dari rahib terkenal, atau Buddha sendiri. Mereka berjalan mengelilingi bangunan hanya untuk mendapatkan kuasa penyembuhan. Penganut Buddha mementingkan perayaan tiga upacara Buddha yang utama, iaitu kelahiran, pendidikan, dan kematiannya. Manakala penganut agama Hindu merayakan pesta yang lebih banyak dan tidak mementingkan sesetengah upacara sahaja. Kedua-dua agama Hindu dan Buddha mengadakan upacara ketika seorang anak dilahirkan, tetapi mereka sedikit berbeza. Buddhisme mengambil baru lahir ke biara di mana rahib sing anak dan beri nama. Ketika seorang anak dilahirkan sebagai Hindu dan menjadi ayah, hari yang sama, memasukkan cincin emas terhadap anak bibir dan berkata: Mei hidup Anda adalah sebagai mahal sebagai emas. Akan tergantung pada baik pemikiran, ucapan, dan melakukan perbuatan-perbuatan.† Agama Hindu memiliki dua upacara lainnya yang kurang dirayakan oleh penganut Buddha. Salah satu adalah haircut upacara, ia datang kebanyakan anak laki-laki dan berarti antara 1 dan 5 tahun, mereka harus mencukur kepala mereka dan dengan lubricated yoghurt dari sapi. Hal ini dilakukan untuk mencuci diri setiap karma buruk dari kehidupan sebelumnya. Yang kedua adalah upacara suci thread upacara, ini hanya berlaku untuk Castes tinggi, dan ini sebagai salah satu jenis konfirmasi. Anak harus berjanji untuk tidak berhubungan seks se belum menikah, untuk memenuhi tugas-tugas mereka kepada tuhan, orang tua dan guru agama mereka. Sebagai bukti janji menempatkan persten yang terjalin melalui kawat bahu kiri , kemudian ke gantung secara diagonal di seluruh dada dan di bawah tangan kanan. Setelah upacara termasuk anak sebagai orang dewasa. Terkait dengan ini, ada semacam konfirmasi juga dalam Buddhisme. Ianya adat agar anak laki-laki lanjut dalam biara ketika mereka mencapai remaja, perempuan adalah hal yang sama, tetapi ketika sebuah biara. Ketika seorang penganut Hindu mendekati kematian, dia ingin mengunjungi situs kudus. Dia meninggalkan keluarganya dan menjadi rahib. Sebaiknya semua, ia ingin ada abu-Nya tersebar di sungai Ganges suci.Penganut Buddha yang ingin menghabiskan akhir minggu di biara. Ini disebabkan oleh mereka berfikir bahawa saat kematian dapat menjadi mendapat penerangan. Untuk mencapai pencerahan dalam Buddhisme, harus hidup dalam dan berkonsentrasi monasteries semua kehidupan mereka untuk mencapai nirvana. Hindu ada hanya empat tahapan yang harus mereka melalui, mereka juga harus hidup kehidupan yang baik. Persamaan antara agama Hindu dan Buddha Terdapat juga beberapa kesamaan antara kedua-dua agama. Kedua-dua agama percaya reinkarnasi, bahawa kita dilahirkan kembali dalam tubuh yang lain. Menurut agama Hindu, yang di dalam jiwa manusia dari sapi sambil menunggu sebuah tubuh. Ia adalah salah satu alasan mengapa ia sangat sakral. Kedua-dua agama juga percaya bahawa ada jalan keluar dari siklus ini, tetapi ada jalan mereka sedikit berbeza. Hindu memiliki dokumen ertinya, pengetahuan, jalan, jalan umum dan didedikasikan drill jalan. Mereka juga memiliki dua aturan bahawa setiap orang harus hidup, mencedera apapun atau membunuh makhluk hidup dan menunjukkan kasih kepada semua ciptaan. Buddha masyarakat yang hidup setelah delapan jalur jalan dimana delapan melambangkan sebuah roda. Mereka memiliki empat macam kebenaran, kebenaran tentang penderitaan, kebenaran mengenai asal usul penderitaan, kebenaran mengenai bantuan dari penderitaan dan kebenaran dari delapan jalur. Dari segi geografi pula, kedua-dua agama memiliki kedudukan mereka di Asia. Buddhisme telah menyebar ke termasuk Tibet, Cina, Korea, Jepang dan lain-lainnya. Hinduisme pula memiliki akar di India dan sekitarnya. Kedua-dua agama Hindu dan Buddha,selepas seseorang mati, ahli keluarga mereka akan menggunakan cara pembakaran mayat. Hindu berdandan yang mati dalam pakaian bagus sebelum mereka membakar dia, gigi anak yang tertua. Mereka lebih memilih untuk menerima semua mereka abu tersebar di Ganges pada personon tidak di Ganges menyebarkan abu di sungai terdekat. Penganut Buddha pula dibakar dengan upacara tertentu. Rahib, teman dan ahli keluarga akan termasuk dalam upacara. Kesimpulan Buddha adalah benar sama rata kepada semua. Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata Buddha. Agama Buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat. Dalam ajaran agama Buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: Keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai. Lampiran Patung Sidharta Gautama di Candi Borobudur Indonesia. Tempat penyembahan umat buddha di Jepun Patung emas Sidharta Gautama di Filiphina Rujukan 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Buddha 2. http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah_agama_Buddha 3. http://wapedia.mobi/id/Buddhisme 4. http://www.slideshare.net/katherine0111/agama-buddha-2047661 5. http://dhamma-bm.tripod.com/am/sejarah.htm 6.http://wapedia.mobi/id/Sejarah_agama_Buddha?t=4. 7.http://74.125.153.132/search?q=cache:fe_ATowMUWAJ:images.fazaly.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/So-PAQoKCJEAAAyqlHw1/zTugas%2520Sejarah.docfzl.doc%3Fnmid%3D277222991+sejarah+agama+buddhacd=200hl=enct=clnkgl=my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.